Social Icons

Featured Posts

Hasil carian imej untuk asalamualaikum

Hasil carian imej untuk asalamualaikum

Selamat Datang Ke Blog Saya Semoga Bermanfaat Kepada Kita Semua...In sha Allah...

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya jua weblog Pesanan Buat Insan dapat disiapkan serta selawat dan salam ke junjungan besar Nabi S.A.W, marilah kita sama-sama membuat koreksi diri sendiri terhadap apa yang kita jalani dalam kehidupan seharian. Renungilah wahai umat Islam dimanakah kita berbanding dengan orang lain dalam pelbagai aspek, lebih-lebih lagi dalam aspek ekonomi kita jauh ketinggalan...timbul beberapa persoalan...
1. Mengapa?
2. Kenapa?
3. Bagaimana?
Kita sebagai seorang muslim kita selalu didendangkan dengan teguhnya ekonomi Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan para Sahabat Radiallahu'anhum sedangkan secara majoritinya kita bangsa Melayu yang beragama Islam kebanyakannya berada dalam jurang yang jauh berbanding bangsa lain yang bukan beragama Islam, ini boleh dilihat diseluruh Malaysia negara yang kita cintai dimana bangsa Melayu yang rata-rata beragama Islam masih dibelenggu kemiskinan...mengapa keadaan ini terjadi?. Cuba kita lihat di pekan atau di bandar-bandar pemilik gedung atau toko perniagaan majoritinya bangsa lain yang bukan beragama Islam sedangkan kita dengan mereka sama sahaja mempunyai kudrat empat kerat, namun demekian mereka lebih berjaya jika dibandingkan dengan kita sepatutnya kita yang lebih berjaya daripada mereka kerana kita mempunyai pegangan agama yang diredhai oleh Allah S.W.T sebagai agama yang diterima disisiNya...kenapa perkara yang sebaliknya pula berlaku?. Apakah kita tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh?, Apakah mereka mempunyai pusingan modal yang banyak?, Apakah mereka menggunakan strategi yang lain daripada kita...sama-sama kita fikirkan. 

Bila bangsa kita orang Melayu dan beragama Islam memulakan bisness untuk beberapa tahun pertama perniagaan berjalan dengan baik, namun demekian lama kelamaan